Menurut sejarah yang tercatat, permainan tenis ini dipanggil sebagai jeu de paume pada abad ke 11, yang mana permainan ini menyerupai permainan tenis kini yang mana telah dimainkan untuk pertama kali di sebuah kawasan yang terletak di Perancis.  Manakala, bola yang digunakan dibalut dengan benang berbulu sedangkan pemukulnya hanyalah tangan.

Kemudian, sedikit demi sedikit permainan ini dikembangkan dan mula diperkenalkan ke Itali dan Inggeris pada abad ke -13 dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada orang ramai dalam jangka waktu yang singkat. Selain itu, majalah Inggeris  “Sporting Magazine” menamakan permainan ini sebagai Tenis Lapangan(lawn tennis).  Tambahan pula, “Book of Games And Sports”, yang diterbitkan dalam tahun 1801, disebut sebagai “Tenis Padang”. Tenis pada mulanya hanya dimainkan oleh masyarakat kelas atas sahaja. Tenis Padang yang terkenal di zaman Ratu Victoria ditiru oleh golongan menengah yang menjadikannya iaitu permainan biasa.

Kelab tenis pertama yang dibina  adalah Learnington di Perancis oleh J.B. Perera , Harry Gem, Dr. Frederick Haynes .Pada tahun 1872,  Dr. Arthur Tompkins yang menyebut tenis sebagai pelota atau lawn rackets. Manakala pada tahun 1874, permainan tenis telah pertama kali dimainkan di Amerika Syarikat oleh Dr. James Dwight dan F.R. Sears. Selain itu, All England Croquet Club telah dibina pada tahun 1868. Setelah dua tahun, pembukaan Kelab Tenis di Jalan Worple, Wimbledon di samping pada tahun 1875, kelab ini juga berkongsi tempat untuk permainan tenis dan badminton. Di samping itu, permainan tenis padang ditulis.  Sementara itu, Amerika Syarikat membina kelab Tenis yang pertama di ‘Staten Island’ maka lahirlah banyak pemain-pemain tenis yang jaguh dalam pertandingan Tenis peringkat dunia.

Pada masa kini, permainan tenis telah muncul sebagai salah satu acara Sukan Olimpik. Ia pernah  dipertandingkan di Sukan Olimpik Athens pada tahun 1896 sehingga pada tahun 1924 dan selepas itu diketepikan. Dalam menguruskan permainan ini,  Persekutuan Lawn tenis Antarabangsa (International Lawn Tennis Federation) telah ditubuhkan dalam bulan Mac 1913.

Pada tahun 1938, pemain Amerika Syarikat, Donald Budge telah menjadi pemain pertama memperolehi Grand Slam iaitu memenangi empat kejohanan utama dalam setahun, Kejohanan Wimbledon, Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat, Kejohanan Terbuka Perancis dan Kejohanan Terbuka Australia. Kejayaan  beliau dituruti oleh pemain Australia iaitu Rod Lever yang memenanginya dalam tahun 1962 dan 1969.  Lottie Dod merupakan pemain wanita paling muda memenangi Kejohanan Wimbledon, ketika berusia 15 tahun. Beliau menguasai  gelanggang tenis buat beberapa tahun sebelum menjadi pemain golf yang terkenal.

Maureen Connoly yang lebih dikenali sebagai Little Mo menjadi pemain wanita pertama memperolehi Grand Slam dalam tahun 1953 dan jejak beliau diikuti oleh Margaret Court.  Martina   Navratilova telah memenangi keempat-empat gelaran yang terdapat dalam Grand Slam tetapi dalam tahun yang berlainan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s