PERATURAN BERMAIN TENIS

Setiap permainan pasti akan ada peraturannya. Begitu juga dengan permainan tenis. Tujuan sesuatu peraturan itu adalah untuk memastikan keadilan kualiti permainan. Di samping itu, peraturan juga bertujuan mendisiplinkan pemain. Disiplin adalah sangat penting bukan sahaja dalam permainan bahkan dalam kehidupan harian.
            Dalam permainan tenis, peraturannya merangkumi smua aspek iaitu peralatan permainan, sahsiah pemain dan banyak lagi. Di samping melahirkan pemain handalan, permainan ini juga melahirkan pemain yang berdisiplin iaitu yang boleh menjadi idola positip kepada masyarakat. Berikut merurakan antara aspek yang ditetapkan peraturannya dalam permainan ini.
            Peraturan tenis merangkumi banyak aspek terutamanya aspek alat permainan separti bola, gelanggang, jaring, gelanggang dan sebagainya.
1.BOLA                                 
Bola tenis mestilah berwarna  hijau kekuningan. Ia diperbuat daripada gentian sentetik dan dibaluti wool. Berat satu-satu bola tenis ialah diantara 56.7 hingga 58.5 gram. Saiznya pula ialah diantara6.35 hingga 6.65 cm diameter. Bola tenis harus dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan kering. Ini kerana kestabilan pergerakan bola dipengaruhi oleh keadaan bola tersebut. Oleh itu, pastikan bola kering sebelum digunakan.
    Bola tenis boleh didapatkan di kedai-kedai peralatan sukan dengan pelbagai pilihan dan harga yang berbeza-beza mengikut kualiti pembuatan bola tersebut.
2.GELANGGANG
Permukaan gelanggang tenis hendaklah rata dan bebas daripada sebarang gangguan. Ia boleh dalam bentuk gelanggang berumput atau diperbuat daripada kayu, simen atau parguay. Ukukran gelanggang tenis adalah23.77 meter (78 kaki) panjang dan 8.23 meter (27 kaki) lebar untuk perseorangan dan 10.98 meteruntuk keseluruhan gelanggang. Semua garisan atau tanda didalamnya hendaklah jelas dan sebaik-baiknya dengan garisan putih.
        Gelanggang tenis mempunyai beberapa garisan iaitu garis tepi bergu, garis tepi perseorangan,tanda tengah, garis belakang dan banyak lagi termasuklah garis servis dan garis petak servis.
3.RAKET
 Terdapat pelbagai jenis raket yang boleh dipilih oleh seseorang pemain. Ada raket yang bingkainya diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat raket juga adalah berbeza. Namun, bagi pemain lelaki berat raket hendaklah diantara 282.7 hingga 396.9 gram. Manakala bagi wanita pula beratnya hendaklah diantara 368 hingga 382 gram. Pemain harus memilih raket yang sesuai dengannya, terutama dari segi keselesaan pengangannya.
         Raket tenis terdapat dalam pelbagai warna. Oleh itu, pilih dan gunalah raket yang bersesuaian dgn citarasa anda agar anda lebih selesa untuk bermain.
4.JARING
Jaring untuk permainan tenis dibuat daripada dawai keluli, kapas atau rami yang dipintal dan digantungkan kepada kabel yang tahan karat dan dlitupi dengan pita putih. Bahagian bawah jaring hendaklah menyentuh tanah dan bahagian atasnya mesti 0.91 meter tinggi pada titik tengahnya dan1.07 meter pada kedua-dua bahagian tiangnya.
       Fungsi utama jaring ialah sebagai garis sempadan kawasan pemain. Di mana garis tersebutlah yang menentukan sama ada mata diperolehi oleh pihak pemain atau pihak lawan. Jaring hendaklah dipasang tegang semasa permainan bagi membolehkan bola tenis dapat melintasi jaring tersebut tanpa terhenti di bahagian tengah gelanggang.
5.PAKAIAN PEMAIN
Setiap ahli sukan digalakkan mengenakan pakaian yang sesuai untuk permainan. Pakaian tersebut hendaklah tidak menjadi penghalang yang boleh mengganggu perjalanan sesuatu permainan. Bagi sukan berpasukan, pakaian seragam hendaklah dipakai. . Bagi sukan perseorangan, pemakaian pakaian seragam juga perlu walaupun mereka bermain secara perseorangan atau beregu. Pakaian pemain tenis terdiri daripada seluar pendek atau seluar trek panjangbaju-T berkolar atau tanpa kolar, stoking dan kasut getah. Untuk pemain wanita pula, skirt atau seluar panjang sukan digunakan. Biasanya peralatan ini berwarna putih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s