Teknik memegang raket (grip) merupakan salah satu kunci utama dalam permainan tenis. Teknik pegangan ini terbahagi kepada 3 iaitu Western grip, Eaastern grip dan Continential grip. Teknik-teknik pegangan ini pula ada yang menggunakan satu tangan(one handed) dan dua tangan(double handed). Teknik pegangan satu tangan lebih mudah dilakukan berbanding dengan dua tangan tetapi apa yang membezakannya adalah teknik pegangan satu tangan jika tidak dilakukan dengan betul sukar untuk memaksimakan pukulan berbanding dengan teknik pegangan dua tangan yang lebih mudah untuk memaksimakan pukulan. Teknik pegangan tenis hampir sama dengan badminton tetapi dari segi teknik memukul bola berbeza sama sekali. Ini kerana teknik memukul bola dalam permainan badminton lebih kepada pergerakan pergelangan tangan manakala tenis pula cenderung kepada ayunan tangan dan pergerakan badan dan putaran bahu.

Continential grip

Grip ini merupakan grip klasik yang mana grip ini selalu digunakan oleh para pemain tenis pada masa dahulu ketika raket kayu digunakan. Grip ini memerlukan posisi tangan berada tepat di atas bahagian hulu raket. Grip ini sesuai digunakan untuk melakukan servis dan juga pukulan volley kerana pegangan tangan yang kuat mencengkam raket.

            

Eastern grip

Grip jenis ini merupakan grip yang paling mudah diaplikasikan bagi pemain tenis amatur. Grip ini juga dikenali sebagai grip ‘berjabat tangan’ kerana kedudukan posisi tangan yang memegang raket bermula dari leher raket lalu turun ke hujung raket. Grip ini dapat memberi variasi pukulan yang baik kepada pemain dan juga pemain yang lebih gemar melakukan pukulan volley.

  

Western grip

Grip ini merupakan grip ynag ekstrem dan hanya sesuai digunakan untuk pemain tenis yang professional kerana cara pegangan ini yang sukar untuk dikendalikan. Caranya adalah posisi tangan berada pada sisi bawah raket. Pemain yang pakar di gelanggang tanah liat kebiasaanya menggunakan grip jenis ini. Grip ini lebih sesuai untuk membuat pukulan spin(putaran).

   

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s