Tenis merupakan satu permainan yang menggunakan raket yang boleh dimainkan sama ada di dalam dewan ataupun di luar. permainan ini boleh dimainkan oleh semua peringkat umur sama ada lelaki ataupun wanita secara individu, beregu, dan beregu campuran.Permainan ini memerlukan gelanggang yang mempunyai permukaan yang rata sama ada dalam bentuk gelanggang berumput atau gelanggang yang diperbuat daripada kayu, simen, atau parguay. Manakala ukuran gelanggangnya ialah 23.77 meter (78 kaki) panjang dan 8.23 meter (27 kaki) lebar bagi permainan perseorangan dan 10.98 meter untuk keseluruhan gelanggang. Garisan atau tanda yang terdapat dalam gelanggang tenis perlulah jelas dan sebaik-baiknya menggunakan garisan putih.

Di samping itu, permainan ini memerlukan jaring yang mana jaring ini diperbuat daripada dawai keluli, kapas, atau jerami yang dipintal dan digantungkan pada kabel yang tahan karat serta dilitupi dengan pita putih. Bahagian bawah jaring perlulah menyentuh tanah. Bahagian atas jaring perlulah 0.91 meter tinggi pada titik tengahnya dan 1.07 meter pada kedua-dua bahagian tiangya serta dipasang tegang semasa permainan.

Bagi bola tenis pula kebiasaannya berwarna hijau kekuningan dan berat bagi sebiji bola tenis ialah di antara 56.7 hingga 58.5 gram. Saiznya pula ialah di antara 6.35 hingga 6.65 cm diameter. Setiap ahli sukan digalakkan mengenakan pakaian yang sesuai untuk permainan. Pakaian tersebut hendaklah tidak menjadi penghalang ketika permainan dijalankan. Pemakaian pakaian seragam hendaklah dipakai tidak kira sama ada permainan berpasukan mahupun permainan secara perseorangan atau beregu. Pakaian pemain tenis terdiri daripada seluar pendek atau seluar trek panjang, baju-T berkolar atau tanpa kolar, stoking serta kasut sukan (sebaiknya kasut yang di khaskan untuk permainan tenis). Bagi pemain wanita pula, skirt atau seluar panjang sukan digunakan. Biasanya semua pakaian ataupun suit ini berwarna putih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s